Friday 24 February 2012

pengenalan

pengenalan...
SURAYA BANGUN!!Beginilah keadaan yang berlaku tiap-tiap hari,tidak disuruh tidak dibuatlah gayanya.Suraya seorang pelajar yang berumur 13 tahun.Bersekolah di sekolah yang BERPRESTASI TINGGI yang terletak di tengah bandaraya KUALA LUMPUR.Berpandukan keputusan UPSR Suraya mendapat 5A.Ketika itu tidak dapat digambarkan dia mendapat keputusan yang sebegitu bagus dan alangkah bahagianya dia seperti orang yang memenangi peraduan goris dan menang apabila diisytiharkan bahawa dia ialah tokoh dan pelajar yang paling berprestasi daripada pelajar yang lain.Tetapi sifatnya yang masih keanal-anakan,manja,pemalas(baca buku pon malas)memang ramai yang tidak menyangka dia layak mendapat semua itu,tetapi klau dah rezeki tak kan nk letak tepi.Suraya memang pandai walupun jarang dia ingin memegang buku kecuali disuruh apabila hendak peperiksaan tetapi hanya dijadikan bahan untuk dipegang dan bukan untuk dibaca.Ayahnya yang dipanggil papa bekerja sebagai engineer dan mamanya menjadi pereka fesyen yang terkemuka di peringkat antarabangsa tetapi mamanya lebih gemar menghabiskan masa di rumah dengan sebagai suri rumah,pereka fesyen apabila rekaannya sudah siap akan dihantar ke butik untuk dipromosikan.Setiap pagi pasti ada kekecohan hanya disebabkan Suraya yang liat untuk bangun tidur.perkara itu sudah tidak kekok bagi mereka sekeluarga."ye ma...suraya bangunlah ni...",dengan mata masih trtutup suraya lalu menarik tuala yang dilipat rapi berwarna biru,tuala semalam kuning diatas meja yang khas untuk tuala itu.Suraya pantas ke dalm bilik air yang serba mewah itu.
                                                                   bersambung....^_^
                                                                                             

No comments:

Post a Comment